Wednesday, 18 September 2013

Pengenalan

Pusat sukan UUM, diberi mandat dan tanggungjawab untuk mengelola, manganjur, merancang, mengawal selia program sukan dan rekreasi kepada pelajar dan kakitangan universiti. Sebuah kompleks sukan yang serba lengkap meliputi kawasan seluas 74 ekar menyediakan hampir 20 jenis aktiviti sukan dan rekreasi khusus kepada pelajar,kakitangan dan juga pengguna luar kampus.

Sebagai satu unit berorientasikan kecergasan dan pengujian minda, beberapa program disusun bagi membolehkan para pelajar sebagai pengguna utama menggunakan kesempatan diluar waktu kuliah memanfaatkan Kompleks Sukan untuk aktiviti beriadah.

Pusat Sukan UUM juga memberi tumpuan dan keutamaan kepada program yang berbentuk sukan elit sebagaimana penyertaan di dalam aktiviti anjuran Majlis Sukan Universiti Malaysia (MASUM) dan lain-lain aktiviti diperingkat tertinggi.

Konsep "Sukan untuk Kecemerlangan" dan "Sukan untuk Semua" menjadi fokus utama Pusta Sukan UUM dalam menyususn dan mempelbagaikan kegiatan ke arah kemantapan pembangunan mental dan fizikal sebagai medium utama dan seiring dengan kecemerlangan ilmu. Berteraskan konsep ini juga, Pusta Sukan UUM cuba mewujudkan stigma baru dan penetrasi 'budaya bersukan' sebagai amalan dalam sistem hidup yang realistik dengan mengekalkan appresiasi yang baik terhadap kesihatan,keselamatan dan daya tahan fizikal.

UUM Official Portal

No comments:

Post a Comment